feedburner
Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

feedburner count

TAISHO

Label

Assalamualaikum dan salam sejahtera
Mari mulakan Taisho
Semua bersedia?

Angkat tangan ke atas
4
1 2 3 4

Regangkan lutut hayunkan tangan
4
1 2 3 4
1 2 3 4
1 2 3 4

Pusingkan tangan ke dalam dan keluar
4
1 2 3 4
1 2 3 4
1 2 3 4

Senaman kuak dada
3 4
1 2 3 4
1 2 3 4
1 2 3 4

Regangkan tangan ke kiri
3 4
Ke kanan
3 4
Ke kiri
3 4
Dan ke kanan
3 4

Tunduk ke hadapan
3 4
Ke belakang
3 4
Ke hadapan
3 4
Ke belakang
3 4

Hayunkan tangan ke kiri
3 4
1 2 3 4
Ke kanan
3 4
1 2 3 4

Regangkan kaki dan tangan ke bahu
1 2 3 4
1 2 3 4
1 2 3 4

Lenturkan tangan ke kaki kiri
3 4
Kaki kanan
3 4
Kaki kiri
3 4
Kaki kanan
3 4

Senaman belakang ke kiri
Ke kanan
Ke kiri
Dan ke kanan

Lompat setempat
3 4
1 2 3 4
1 2 3 4
1 2 3 4

Regangkan lutut, hayunkan tangan
1 2 3 4
1 2 3 4
1 2 3 4

Tarik nafas
1 2 3 4
1 2 3 4
1 2 3 4

Terima kasih dan selamat bertugas~

P/S : Rutin harian di Perodua, sebelum memulakan kerja [ sebelum tu ada pasang lagu Perodua dulu ]
Video senaman belum sempat dirakam lagi. :D




BIARLAH

Label

Assalamualaikum WBT
Bersua kembali

Ada yang tanya, bulan November ni, tak de post lagi ke?
Ada-ada.. Nak buat le ni.. ^_^

Hari Khamis baru-baru ni, aku diajak oleh supervisor aku, En Halim untuk pergi ke QCC Convention (Quality and Control Creative Convention) untuk CMK sahaja
Convention ni sebenarnya adalah pertandingan antara shop [ department ] yang ada dalam CMK Plant 2
Alhamdulillah, department aku, Factory Maintenance menang No 2 [ semua yang bertanding ada 13 group ]
Tapi aku tak present la, aku jadi supporter je.
QCC tu buat kat Dewan Auditorium, Bangunan Korporat
Kira-kira 20 minit berjalan daripada pejabat aku

Jarang-jarang sekali datang tempat ni
Bila dah datang, sempat lah menangkap beberapa gambar


Perodua Kancil yang pertama [ kereta Perodua yang pertama dikeluarkan oleh Perodua pada tahun 1994 ]


Perodua Kancil yang ke 500,000



Perodua Kancil yang ke 1,000,000 atau sejuta [ suka-suka je orang sign ]

Ketika dalam perjalanan ke Auditorium ni, aku sempat usha-usha dari jauh MPV Perodua baru, Perodua Alza 1.5
Lama-lama dah jadi macam jemu pulak tengok. Ntah

Apa-apa pun, berhati-hatilah ketika memandu
Kalau tidak, anda akan menerima kesan seperti..

Kereta ditarik ke bengkel..


Bumper bercalar..


Kereta makan rumput.. Lapar agaknya..


Rim belum cukup bentuk 'bulan penuh' dan tayar dirobek-robek


Macam baru lepas curi tanah..

Ingatlah orang yang tersayang

Sesungguhnya pengajaran datang jua daripada apa yang berlaku dalam kisah hidup..





IMBAU

Label

Bila tengok blog Jime, rasa nak imbau kenangan2 lama dulu. Haha. Aku pun turut mengimbau seperti di bawah..


Kawan2 sekelas INTEC. Gambar diambil sehari sebelum aku keluar INTEC. Wawawa


Taufiq Tahreb waktu Foundation 2nd. Muka tak berubah sampai sekarang.


Kawan sekelasku di INTEC. Syazwan namanya. Aku rajin buli dia soh hantar buku attendance kat pejabat. Kebetulan plak aku time tu ketua kelas. Boleh la suka2 mengarah.


Ni time kat KISAS. Pagi2 sebelum gi skolah tengah siapkan latihan. Sebab malam2 buat keje tak pekdah.


Izzuddin Hamidan sewaktu Foundation 1st


gambar dalam kelas di INTEC dulu. Apa ntah nama kelas aku dulu..


Firdaus dan Alizul sewaktu Foundation 2nd


Mat Pi dan Bart sewaktu Foundation 2nd juga. Matang la sket Bart. Tengok Mat Pi tu. Serius je


Noh Sagiman. Kawan baik ku di KISAS. Sama2 masuk INTEC. Tapi aku keluar dulu balik UTP. Haha. Dia sekarang kat US



Mursyid? Foundation 2nd tu..


Muhammad bin Rosli [ Mad snow cap - bak kata hamdan ] dan Mursyid sewaktu Foundation 1st. Time ni kami tengah pulun wat projek Thinking Skill. Hehe


Kamal tengah bodek perempuan? Pegang-pegang plak tu? Isk. Ni drama Black Cat. Tutorial English. Yang jadi ppuan tu Az-Fazzuany


SeDean List sokmo Kamal pun, pandai meniru jugak dia..


Tidakkkkk! Inikah Firdaus Zulkifli?


Gambar kelas time Tingkatan 2 - mana aku ek?


Gambar kelas time tingkatan 1 - hah, sapa dapat jumpa aku, memang terer la. Haha

Aku dengan kawan ku, Izzat di INTEC, Shah Alam [ dok 3 minggu je ]


Beraya di rumah ku. Rempit naik motor je dari UTP. Time ni Foundation 1st.


Zaman muda2 dulu dengan Mursyid. Aha..

Sekian~




KELING

Label

Assalamualaikum WBT

Ahad lepas, 18 Oktober, aku bersama Syafiq dan Haidzir ditugaskan untuk terlibat membantu menjayakan Jamuan Raya Pusat Khidmat Masyarakat Kawasan Hulu Selangor di Ulu Bernam
Aku datang sedikit lewat berbanding dgn Syafiq dan Haidzir yang datang awal since mereka ada tugasan untuk setup PA System
Haidzir sekarang dah jadi budak medtech.. Hua3..

Aku pula ditugaskan menjadi Unit Amal walaupun tak cukup amalan lagi ni
Bila pikir Unit Amal, of cos kena jaga lalu lintas
Tapi tidak
Kena jaga makanan
Haha

Menu utama jamuan kali ini adalah sate, laksa, lemang, nasi himpit, mee goreng dan lain2
Aku jaga part sate je. Sate dah diikat siap2 5 cucuk. So senang nak bagi dan tak de yang amik lebih
Dengar2 cerita sate ada 5000 cucuk
Banyak tu
Sebelum kami jamu kat orang, sek2 Unit Amal ni telan dulu sket2..

Time elok je nak mula makan2, tetiba ketua Unit Amal Hulu Selangor, Abang Sazali panggil
Kita follow je la, ingatkan ada ape..

Sekali ada india kat sebelah dia
"Ko tolong dia ni, amik org tua dia kat umah dia"
Aku kebingungan, nape aku? Sapa nak kasi sate?
Tak pe lah, 1 malaysia punya pasal
Angkut jugak la indian tu gi rumah dia


Sebelum majlis makan2 bermula. Ramai jugak datang. Semua kaum ada. Jadi sungguh 1 Malaysia

Sambil2 drive ditemani oleh indian di sebelah tu, nama dia Raja

Bila memulakan perjalanan, dia bukak tingkap
"eh, Raja, saya mau pasang air cond."
"aiya, bukak saja la. u tau x pasang air cond banyak makan minyak"
Hah, ye lah. Dah la aku panas ni. Huhu. Meraikan dia. Bukak tingkap jugak

Kami borak2.

"Ini PAS banyak bagus punya. Itu cikgu, banyak tolong orang, kasi beras apa semua. Tengok BN, apa bikin dulu? Kasi susah ada la. Habuk pun tarak nampak!"
Mak aih. Kalah Karpal Singh
Aku angguk2 je. Mengiyakan kata dia
Sebenarnya aku belum bersedia bertemu dengan orang sebegini, nak2 pulak Indian

Setiap kali lalu jalan, nampak simpang je, aku tanya dia
"Masuk mana ni? Kiri ke kanan?"
"Sana2"
Aku pn masuk kanan, tengok jari yang dia tunjuk
"Aiyo. Masuk kiri la. Apa pasal u masuk kanan. Tarak faham bahasa ka"
Aaaa.. -_-" Dia pulak maki aku salah masuk
Aku pun senyum2 je
"Sori raja. Saya tarak pernah mari sini. Ini first time punya la"

Dia toleh
"First time? Apa pasal first time?"
Itu pun nak tanya ke. Adeh
"Aah, Saya bukan sini duduk, saya duduk tempat lain"
Dia ngangguk dan tanya
"Owh, abis tu, u mana duduk?"
"Saya duduk Perak sana"
"U duduk perak? Mana kawasan?" sambil tunjuk muka excited
"Teluk Intan. U pernah dengar ka?"
"Hah, teluk intan ka? Eh, u bila mau balik sana?"
Eh, apa kes dia tanya aku nak balik sana bila.
"Apasal u tanya?"
"Saya mau balik sana. Kalau u mau balik, u bagitau la saya" kata dia sambil goyang2 kepala
Adeh, nak balik dengan aku? X mungkin. Wawawa
Padahal 23 hb ni aku balik rumah sebab ada program lain kat Lumut
"Erm. Saya balik sana lambat lagi woo. Angkut2 barang pe semua bulan satu nanti."
"Aiya, apa pasal lambat lagi. Lebih baik u tak payah cakap awal2"
Kena maki lagi. Adeh. Marah dia x bersebab.. Tapi senyum je la

Sambil2 meneruskan perjalanan, radio mainkan lagu Andaiku Pergi, lagu feveret ku
"Eh, u umur brapa?" tanya Raja kat aku
"Erm. baru 20 la.. Muda lagi. U berapa?"
"Saya sudah 27 la"
Tua jugak dia ni, nampak cam budak2 lagi.
"U sudah kahwin ka?" tanya aku
"Belum lagi la. Eheh.. U sudah kahwin ka?" dia plak tanya aku
"Belum la Raja.. Saya muda lagi.."
"Haa. U mesti sudah ada amoy. Betul x?"
Amoy? Apa kes amoy?
"Sudah ada la. Heheh.." aku jawab
"U sudah tengok dia ka?" tanya dia lagi.
Adeh, tu pun nak tanya.
"Sudah la Raja.. Tapi saya jarang jumpa dia"
"Owh, banyak bagus la u ni.."
Perbualan terhenti

Bila dah sampai. Kami menyeberang jalan, nak pergi ke tempat jamuan
Tetiba dia pegang tangan aku
"Eh, saya mau jumpa itu Along, minta ini baju merah" sambil mencuit2 baju Unit Amal yang ku pakai, hasil pinjaman abg Zali
Aku cuba tepis2 tangan dia, sebab segan gila melintas jalan, pastu kat seberang tu ada orang ramai gila tengah makan ngadap kami lintas jalan
Tapi dia pegang kuat
Adeh
Tak pe lah, aku cover2. Konon2nya dia ni cacat sket. Kena pimpin tangan dia untuk lintas jalan. Muka senyum2 je

Dah lintas tu, dia pegang kuat tangan aku
Jumpa dengan Along tu, salah sorg AJK Pemuda Hulu Selangor
"Along, bila mau kasi ini baju merah?" tanya Raja sambil tangan Along tu pun dipegangnya
"Aiyo raja. u masuk PAS pun belum. Macam mana mau dapat ini baju. Haha" ujar Along
Last2 lepas jugak tangan aku. Adeh. Aku terus lari ke tempat sate, sambung keje


Unit Amal tak jaga lalu lintas jalan raya, tapi jaga lalu lintas sate dan kuah

Lesson learnt today
- Aku belum bersedia untuk menerima mad'u berlainan kaum. -_-"

Haidzir dah abiskan separuh bekas. Tengok badan la~

Kul 4.30 petang, semua cabut balik. Bersiap2 nak ke rumah Kak Zulfa pulak untuk jamuan raya di rumah beliau.
Sekian






HEDO

Label





KISAH SAHABAT : Abdullah bin Jahsyin

Label

Assalamualaikum WBT


Diharapkan kepada semua yang membaca post ini sihat2 belaka, insyaAllah

Suka untuk ana kongsikan bersama antum semua satu kisah sahabat Rasulullah SAW yang ana peroleh daripada kuliah mingguan di Perodua pada Khamis minggu lepas
Semoga kisah ini memberi iktibar kepada kita semua, insyaAllah
Kalau ada kekurangan info, tersalah bahasa, harap dimaafkan dan ditegur
Ana salin semula cerita yang ana sempat salin ketika kuliah tersebut

Abdullah bin Jahsyin Al-Asadi

Abdullah bin Jahsyin Al-Asadi merupakan salah satu amirul mukminin yang sempat hidup bersama Rasulullah SAW. Kakaknya, Zainab binti Jahsyin merupakan isteri kepada Rasulullah SAW. Beliau memeluk Islam sebelum Rasulullah SAW mula berdakwah di rumah Arqam bin Abi Arqam. Rasulullah SAW mengadakan usrah di rumah Arqam selepas kira-kira 40 orang telah memeluk Islam

Apabila Rasulullah SAW mengizinkan para sahabat untuk berhijrah ke Madinah, Abdullah bin Jahsyin merupakan orang yang terawal menyahut seruan hijrah tersebut, sehinggakan dia tiba di Madinah di antara 3 orang yang terawal, selain Mus'ab bin Umair dan Abdullah bin Abdul Asad.

Hijrah beliau ke Madinah ini merupakan yang paling sempurna untuk beliau. Rumahnya digelar rumah Islam dan kabilahnya digelar kabilah Islam. Di dalam banyak-banyak rumah di Mekah, rumah beliaulah merupakan rumah yang paling molek dan cantik serta kemas. Apabila beliau hijrah ke Madinah, rumah beliau ditinggalkan. Tatkala itu, rumah beliau berbunyi seperti orang menangis apabila di tiup angin, seolah-olah menangisi pemergian hijrah Abdullah bin Jahsyin ke kota Madinah.

Pada satu hari, geng-geng otai Bani Quraisy yang diketuai oleh Abu Jahal datang ke Mekah pada ketika semua umat Islam telah pun berhijrah ke Madinah. Mereka ingin membuat spot check, berapa ramai umat Islam yang telah berhijrah ke Madinah. Mereka pergi dari rumah ke rumah, untuk melihat sendiri keadaan rumah yang ditinggalkan. Apabila tiba di rumah Abdullah bin Jahsyin, Abu Jahal terus masuk ke rumah beliau dan menggunakan semua harta benda yang ada di rumah beliau. Sehinggakan kampung yang didiami beliau sebelum ini dikuasai sepenuhnya oleh Abu Jahal. Teruk tak teruknya Abu Jahal ni..

Berita rampasan rumah dan harta benda serta kampung Abdullah bin Jahsyin oleh Abu Jahal ini sampai ke pengetahuan Abdullah sendiri. Sebaik sahaja beliau tahu, beliau berasa sangat sedih dengan apa yang berlaku lantas beliau bertemu dengan Rasulullah SAW untuk mengadu berkenaan dengan hal ini.

Lantas Rasulullah SAW bersabda kepada Abdullah bin Jahsyin:
"Tidakkah kamu suka kalau Allah SWT ganti harta benda kamu dengan sebuah singgah sana di syurga nanti?"
Sebaik sahaja beliau mendengar sabdaan Nabi itu, hati beliau kembali tenteram dan lega..

Abdullah bin Jahsyin tinggal di Madinah tidak lama. Dan Allah SWT menguji beliau dengan satu ujian yang cukup hebat walaupun beliau masih belum mendapat rehat secukupnya selepas berhijrah ke Madinah. Maka marilah kita ikuti kisah selanjutnya....

Pada suatu hari, Rasulullah SAW ingin mencari 8 orang di kalangan sahabat untuk kerja ketenteraan Islam. Setelah dijumpai 8 orang tersebut, Abdullah binJahsyin dan Saad bin Abi Waqqas tersenarai di dalam 8 orang yang dicari. Lantas, Rasulullah SAW berpesan, "Akan aku lantik di kalangan kamu untuk mengepalai pasukan tentera ini dengan syarat dia sabar dengan lapar dan dahaga"

Setelah sekian lama peringkat saringan di jalankan, penilaian demi penilaian dibuat dan akhirnya Rasulullah SAW mengumumkan bahawa Abdullah bin Jahsyinmenjadi ketua kepada 8 orang tentera yang telah dipilih oleh Rasulullah SAW. Abdullah menerima taklifan ini dengan seadanya. Beliau telah dianggap sebagai ketua pertama mengetuai orang-orang mukmin dalam sejarah Islam.

Kemudian, Rasulullah SAW memberi arahan pertama kepada Abdullah bin Jahsyin setelah beliau dilantik menjadi ketua pasukan tentera tersebut sambil diserahkan bersama sehelai kertas.
"Wahai Abdullah ibnu Jahsyin, jangan sesekali kamu tengok apa yang terkandung di dalam lipatan kertas ini selagi belum sampai 2 hari perjalanan kamu"
Arahan yang bagi kita nampak mudah, namun termenung Abdullah memikirkan hikmah di sebalik arahan ini. Lantas Abdullah bersama sahabat yang lain memulakan perjalanan ke tempat yang tidak pasti ke mana tujuannya.

Setelah berjalan dan mengembara melihat kebesarannya Tuhannya selama 2 hari, Abdullah merasakan sudah sampai masanya untuk beliau membuka surat atau lipatan kertas tersebut. Di dalamnya terkandung tulisan yang bertulis :
"Apabila kamu telah melihat dan membaca tulisan ini, teruskanlah perjalanan kamu ke Nahlah (di antara Taif dan Mekah). Sekiranya telah tiba di sana, intiplah orang kafir Quraisy dan maklumkan apa yang mereka buat dan beritahu kepada kami di Mekah"

Sebaik sahaja Abdullah bin Jahsyin membaca surat tersebut, maka dia terus menerima arahan tersebut. Seperti termaktub di dalam Al-Quran "Sami'na Wa Ato'na". Kami dengar dan kami taat!

Lantas, Abdullah berpaling kepada sahabat-sahabat yang lain dan memberitahu apa yang terkandung dalam surat tersebut dan berkata :
"Nabi berpesan, jikalau kamu mahu syahid, ikutlah aku. Jika tidak mahu, kamu boleh pulang ke Mekah dalam keadaan tidak merasa serba salah"
Akhirnya kelapan-lapan tentera tersebut menyahut seruan Abdullah tersebut. Maka semuanya meneruskan perjalanan mereka ke Nahlah.

Untuk pengetahuan umum, Nahlah merupakan satu tempat yang subur dengan tanaman kurma. Di sini, Rasulullah SAW pernah berlindung daripada serangan penduduk Taif ketika berdakwah.

Sebaik sahaja mereka berlapan tiba di Nahlah, mereka memulakan proses pengintipan. Dari jauh, kelihatan 4 orang kafir Quraisy yang sedang meronda-ronda sambil bersama mereka ada barang-barang dagangan seperti kismis dan rempah ratus. [ ana tak sempat salin nama 4 orang kafir Quraisy ni ]

Setelah kelihatan kelibat mereka berempat, Abdullah bin Jahsyin beserta sahabat yang lain bermesyuarat seketika di balik tempat mereka mengintip.
"Apa agaknya ingin kita lakukan kepada mereka berempat ini?" soal seorang sahabat.
"Erm.. Apa ek.. Mereka ni dah la orang yang paling kejam. Sahabat-sahabat kita pernah dibunuh mereka. Orang yang tengah beribadah di Kaabah pun turut diganggu" ujar seorang sahabat yang lain.
"Ingatkah kamu semua tentang Abu Darda'? Seingat aku, tulang beliau dipatah-patahkan oleh salah seorang di antara mereka berempat ini" tambah seorang sahabat lagi.

Apa kemarahan makin menyala-nyala di kalangan mereka berlapan. Manakan tidak, mereka merasakan seolah-olah inilah peluang yang terbaik untuk melakukan sesuatu terhadap orang kafir Quraisy supaya mereka tidak lagi bertindak kejam terhadap umat Islam.

Kebetulan pula hari itu merupakan hari terakhir di dalam bulan Muharam, bulan yang diharamkan berperang.

Untuk pengetahuan umum, di dalam Islam terdapat 4 bulan yang diharamkan berperang yakni bulan Zulkaedah, Zulhijjah, Muharam dan Rejab. Sebelum Islam sampai ke tanah Arab, orang Arab memang bersungguh-sungguh berperang sehinggakan ada yang sampai 7 keturunan berperang tidak berhenti. Kalau diperhatikan, Rejab merupakan satu bulan yang terasing jauh dari turutan bulan yang diharamkan berperang. Ini kerana di dalam bulan Rejab, akan berlaku musim buah. Kebanyakan perang berlaku di dalam bulan Rejab. Ini menunjukkan betapa Allah menguji umat Islam sedemikian rupa supaya dapat terlihat siapa yang sabar siapa tidak. Sebagai contoh, kita boleh perhatikan di dalam kisah perang Tabuk.

Ok, sambung semula kisah tadi.

Setelah bersyura, akhirnya Abdullah bin Jahsyin memutuskan untuk menyerang orang kafir Quraisy dan merampas segala harta-harta dagangan yang mereka ada sebagai balasan kepada kekejaman terhadap umat Islam. Lalu mereka memulangkan serangan terhadap orang kafir Quraisy yang ada di tempat itu.

Akhirnya, mereka berjaya membunuh seorang kafir Quraisy, manakala dua lagi ditawan dan seorang berjaya melarikan diri. Empat-empat orang yang disebutkan ini merupakan 4 orang yang mula-mula diceritkan tadi. Mereka ini lebih kurang macam ketua la kat tempat tu. Setelah berjaya merencanakan apa yang dirancang,Abdullah bin Jahsyin membawa pulang dua orang tawanan dan segala harta dagangan yang berjaya dirampas oleh mereka kepada Rasulullah SAW..

Sebaik sahaja Rasulullah SAW tahu mengenai apa yang telah dilakukan oleh Abdullah bin Jahsyin, dan baginda sendiri melihat apa yang dibawa pulang oleh beliau, Rasulullah SAW berubah muka dan marah sangat amat.
"Aku tidak pun menyuruh kamu melakukan perkara ini, sedangkan aku berpesan kepada kamu untuk lakukan intipan sahaja. Aku tidak mahu melihat dua orang tawanan ini beserta harta yang dirampas ini dan aku tidak mahu melihat muka kamu berlapan lagi selepas ini"
Maka turunlah satu ayat Quran yang ana tak pasti ayat mana. [ Tak sempat salin ]

Muka Abdullah bin Jahsyin berubah serta merta. Alangkah sedihnya beliau sebaik sahaja tahu Rasulullah tidak mempersetujui akan apa yang telah mereka lakukan. Kemudian mereka berlapan rasa sangat-sangat takut dan merasakan akan rosak binasa disebabkan berpaling daripada arahan yang diberikan Rasulullah SAW, sehinggakan dunia ini dirasakan kecil bagi mereka. Sahabat-sahabat Rasulullah yang lain turut tidak menegur mereka berlapan ini, apatah lagi memberi salam. Tambahan pula, ada yang mengherdik mereka ini "Mereka inilah orang yang telah melanggar arahan Rasulullah!"

Apa yang paling menyedihkan, isteri mereka pun meninggalkan mereka, disebabkan takut kalau-kalau bala menimpa ke atas mereka atas dosa yang telah dilakukan oleh sahabat berlapan tadi. Bayangkanlah kalau jadi sebegini kepada kita. Nau'zubillah..

Abdullah bin Jahsyin semakin tertekan dan bimbang apabila mendapat tahu orang kafir Quraisy mengambil kesempatan atas peristiwa yang berlaku untuk menyemarakkan kemarahan kabilah lain terhadap Rasulullah SAW. Mana kan tidak, mereka menganggap bahawa Rasulullah SAW telah memberi arahan untuk berperang dan menumpahkan darah di bulan haram. Itu adalah satu fitnah terhadap umat Islam, sedangkan yang melakukannya adalah atas kehendak tentera itu sendiri, bukan Rasulullah SAW.

Tatkala pergantungan terhadap manusia sudah tiada, Abdullah bin Jahsyin tidak putus-putus bermunajat kepada Allah, memohon keampunan sambil air matanya jatuh mencurah-curah. Lafaz taubat nasuha tidak putus-putus diungkapkan oleh mereka. Dan akhirnya datang seorang pemuda kepada mereka.
"Wahai Abdullah bin Jahsyin dan tentera yang dipimpinnya, sesungguhnya Allah terima apa yang anda telah lakukan [ menumpahkan darah di bulan haram ] dan telah pun turun ayat Al-Quran kepada kita semua menerangkan perkara ini"

Surah tersebut merupakan Surah Al-Baqarah, ayat 217 yang berbunyi:
"Mereka bertanya kepadamu (Muhammad) tentang berperang pada bulan haram. Katakanlah, "Berperang di bulan itu adalah (dosa) besar. Tetapi menghalangi (orang) dari jalan Allah, ingkar kepada-Nya, (menghalangi orang masuk) Masjidil Haram, dan mengusir penduduk dari sekitarnya, lebih besar (dosanya) dalam pandangan Allah. Sedangkan fitnah lebih kejam daripada pembunuhan. Mereka tidak akan berhenti memerangi kamu sampai kamu murtad (keluar) dari agamamu, jika mereka sanggup. Barang siapa murtad di antara kamu dari agamanya, lalu dia mati dalam kekafiran, maka mereka itulah penghuni neraka, mereka kekal di dalamnya"

Sebaik sahaja Abdullah bin Jahsyin mengetahui turunnya ayat ini, beliau merasakan sangat gembira, umpama dunia gelap kembali bersinar. Lantaran itu, sahabat-sahabat lain yang selama ini memulaukan mereka datang beramai-ramai menemui kelapan-lapan orang sahabat itu dan memeluk mereka sambil menangis keharuan. Lafaz Hamdallah menjadi wiritan.

Maka Rasulullah SAW pun lega dan tenang malah suka sebaik sahaja mendapat wahyu yang menerangkan perbuatan Abdullah bin Jahsyin ini, yang merupakan sepupu dan adik ipar Rasulullah SAW sendiri. Rasulullah SAW pun menerima segala harta rampasan dan 2 orang tawanan perang yang dibawa. Perbuatan mereka juga turut diredhai oleh baginda sendiri.

Maka baginda bersabda:
"Ini merupakan sejarah terbesar di dalam peradaban Islam kerana harta rampasan yang dibawa merupakan harta rampasan pertama yang diambil oleh orang Islam, orang yang dibunuh itu merupakan orang musyrik pertama yang dibunuh oleh orang Islam, orang yang ditawan itu merupakan tawanan pertama yang berjaya ditawan oleh orang Islam, panji peperangan itu merupakan panji peperangan pertama di dalam Islam dan amirnya merupakan Amirul Mukminin"

Akhirnya keadaan kembali aman harmoni seperti sedia kala. Maka akhirnya berlaku peperangan Badar Kubra yang merupakan kesinambungan kepada peperangan kecil ini.

Ok, sekarang ini cerita Abdullah bin Jahsyin di dalam peperangan lain pula..

Ketika berlakunya peperangan Uhud, Abdullah bin Jahsyin dan Saad bin Abi Waqqas tidak terkecuali daripada terlibat sama. Sebelum bermulanya peperangan,Abdullah bin Jahsin diajak oleh Saad bin Abi Waqqas untuk berdoa supaya Allah menerima perjuangan dan peperangan ini.

Saad berdoa :
"Ya Allah, Temukanlah aku dengan seorang tentera kafir yang paling jahat, dan kurniakan aku kemenangan ke atas lelaki itu sekaligus merampas harta mereka."

Maka Abdullah pun mengaminkan doa Saad. Zaman dulu pun dah ada mengaminkan doa sahabat. Itu pun kita dok berbalah bida'ah ke tak aminkan doa orang lain zaman sekarang ni..

Abdullah berkata lagi
"Wahai Saad, sesungguhnya doamu adalah doa yang terbaik pernah ku dengar"

Abdullah pun menyambung kata-katanya dengan berdoa
"Ya Allah, pertemukanlah aku dengan seorang tentera kafir yang paling jahat dan berikanlah peluang kepadanya untuk memancung hidung dan telingaku dan kurniakanlah syahid kepada ku"

Saad bin Abi Waqqas terkejut mendengar doa beliau. Saad menoleh kepalanya kepada Abdullah dan berkata:
"Wahai Abdullah, sesungguhnya doamu itu adalah 1000 kali lebih baik daripada doaku!"

Dan mereka pun masuk ke medan peperangan. Sehingga akhirnya, Saad berkata : "Sesungguhnya Abdullah telah syahid di dalam peperangan"
Pada waktu petang hari peperangan tersebut, Saad bin Abi Waqqas ternampak hidung dan telinga tergantung di pokok. Dan beliau berkata :
"Sesungguhnya itu adalah hidung dan telinga Abdullah bin Jahsyin"

Allahu akbar. Time ustaz sebut part ni, semua yang hadir seolah-olah terharu sambil menyebut nama Allah.

Akhirnya, Rasulullah SAW menyatukan Abdullah bin Jahsyin dan Saidina Hamzah di mana mereka dikebumikan di dalam satu liang lahad yang sama kerana kisah hidup mereka tidak jauh berbeza.

Demikianlah sudah cerita berkenaan dengan Abdullah bin Jahsyin. Semoga kita dapat mengambil pengajaran daripada kisah sahabat ini. InsyaAllah. Kalau ada kekurangan info atau salah maklumat, bolehlah diperbetulkan. Maaf atas kekurangan sepanjang penceritaan. Ustaz menyampaikan kuliah dengan menggunakan satu kitab tebal yang di dalam nya 100% berbahasa Arab. Dalam kitab tu, banyak kisah para sahabat yang ada. Tapi ana tak sempat nak tahu apa nama kitab tu.

InsyaAllah, ustaz kata, kuliah akan datang, beliau akan cerita berkenaan dengan sahabat Rasulullah SAW yang giginya patah di hadapan, tetapi merupakan manusia yang mulia di sisi Allah SWT. Wallahu a'lam..





KISAH SAHABAT : Abu Ayyub Al-Ansori

Label

Assalamualaikum
Suka untuk ana berkongsi satu kisah para sahabat Nabi Muhammad SAW di dalam google group ini
Kisah yang ana peroleh daripada seorang ustaz yang menyampaikan kuliah mingguan beliau di tempat praktikal ana, Perodua Engine Manufacturing
Semoga sama-sama kita mengambil iktibar dari kisah ini. InsyaAllah ^_^

Minta maaf kalau ada salah susun ayat ke. Ana menyalin balik apa yang ana salin time kuliah tu

Abu Ayyub Al-Ansari

Suatu hari, ketika Rasulullah SAW memasuki Yathrib untuk mencari tempat tinggal sementara menunggu Masjid Quba siap dibina dan ditemani oleh beberapa orang sahabat, ada di antara mereka yang mengajak Rasulullah SAW untuk bermalam di rumah mereka. Bersama dengan mereka, adalah unta yang menjadi tunggangan mereka. Setiap orang dari kalangan Ansar bercita-cita supaya Rasulullah SAW turun dari unta baginda di rumah mereka. Mereka menghalang perjalanan unta Nabi SAW secara bersilih ganti supaya unta baginda menghala ke rumah mereka.

"Ya Rasulullah, marilah singgah di rumah aku, untuk bermalam di sana selama beberapa bulan" kata seorang sahabat.

Rasulullah mendengar pelawaan sahabat baginda lantas berkata, "Tidak mengapa wahai sahabatku. Aku akan biarkan unta ini berjalan untuk mencari tempat di mana kita akan bermalam. Sesungguhnya dia dipandu oleh Allah"

Mereka kembali meneruskan perjalanan. Setelah beberapa ketika, tiba-tiba, unta tersebut berhenti lantas duduk seketika kemudian berpatah semula ke arah belakang. Mereka semua melihat kelibat unta tersebut dan sedar mereka berada berdekatan dengan rumah Abu Ayyub Al-Ansari.

Abu Ayyub terlalu gembira melihat keadaan tersebut lalu terus mendapatkan Rasulullah SAW menyambut kedatangan baginda dengan perasaan terlalu gembira dan rasa sangat terharu sambil membawa barang-barang yang dibawa oleh Rasulullah SAW dan terus masuk ke rumahnya.

Rumah Abu Ayyub mempunyai dua tingkat. Beliau dan keluarganya tinggal di bahagian bawah. Beliau mengajak Rasulullah SAW untuk tinggal di tingkat atas, kerana takut-takut, apabila tinggal di bawah, keluarga beliau mengganggu Rasulullah SAW sendiri.

Namun begitu, Rasulullah SAW ingin tinggal di tingkat bawah dan menyuruh Abu Ayyub dengan keluarga tinggal di tingkat atas. Abu Ayyub hanya menuruti perintah Rasulullah SAW demi meraikan kehendak tetamu yang membawa rezeki ke rumah beliau.

Apabila waktu malam, Abu Ayyub tidak dapat tidur kerana risau kalau-kalau wahyu daripada Allah tidak sampai kepada Rasulullah SAW kerana takut beliau menjadi penghalang. Lantas Abu Ayyub dan isterinya berdiri di hujung tingkat atas hinggalah ke pagi.

Pada keesokan pagi, Abu Ayyub memberitahu Rasulullah yang beliau tidak dapat tidur malam kerana risaukan menjadi penghalang kepada sampainya wahyu Allah kepada baginda. Lantas Rasulullah berkata, "tidak mengapa, tidaklah kamu menjadi penghalang kepada sampainya wahyu tersebut". Apabila tiba waktu malam, sekali lagi benda sama berulang. Kali ini Abu Ayyub dan isteri risaukan apabila mereka berada di tingkat atas, habuk-habuk dari tingkat atas akan jatuh dan kena pada tubuh Rasulullah SAW. Lalu mereka berdiri di penjuru tingkat atas hinggalah ke pagi.

Nak dipendekkan cerita, apabila tiba di waktu malam yang lain, tiba-tiba sahaja air tumpah di tingkat atas. Maka kelam kabut Abu Ayyub dan isteri menghalang air tersebut dari tumpah ke bawah, takut-takut terkena pada tubuh Rasulullah. Mereka menghalang air daripada tumpah dengan menggunakan satu-satunya kain selimut yang mereka ada yang mana kain selimut itulah yang digunakan pada setiap malam untuk menahan diri daripada kesejukan. Maka, ketidaktiduranlah mereka hingga ke waktu pagi.

7 bulan telah pun berlalu. Masjid Quba telah pun siap dibina. Maka Rasulullah tidak lagi tinggal di rumah Abu Ayyub.

Setiap kali Rasulullah SAW lalu di hadapan rumah Abu Ayyub, baginda akan berkata "ini adalah rumah aku". Betapa Rasulullah menganggap rumah Abu Ayyubseperti rumah baginda sendiri.

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Pada satu hari, Saidina Abu Bakar keluar dari rumah pada waktu tengahari, waktu di mana kebanyakan orang sedang berehat sebelum menunaikan solat Zohor. Beliau ke Masjid Nabawi lantas berjumpa dengan Saidina Umar Al-Khattab yang berada di situ. Saidina Umar lantas bertanya "kenapa kamu awal-awal lagi sudah keluar dari rumah?". Saidina Abu Bakar menjawab, "aku kelaparan sekarang ini". Saidina Umar membalas, "aku pun lapar jugak ni".

Sedang mereka berbual, tiba-tiba, Rasulullah SAW datang dan menegur mereka, "Apa yang kamu berdua sedang buat ini?". Mereka menjawab "kami sebenarnya kelaparan ni". Rasulullah membalas, "aku pun lapar jugak ni. Wahai sahabat, mari ikut aku sekarang ini". Tanpa banyak soal, Saidina Abu Bakar dan Saidina Umar pun ikut Rasulullah SAW..

Setelah lama berjalan, akhirnya mereka tiba di rumah Abu Ayyub Al-Ansori. Pada kebiasaanya, sebaik tiba di rumah beliau, Abu Ayyub sudah pasti siap menyediakan makanan untuk Rasulullah SAW. Tetapi kali ini tidak. Ketibaan Rasulullah disambut oleh isteri Abu Ayyub di muka pintu

Rasulullah bertanya kepada isteri nya, "Di manakah suami mu?". Isteri Ayu
Ayyub menjawab "Suamiku berada di belakang rumah, wahai Rasulullah. Dia sedang bekerja di ladang tanaman kurma". Lantas Rasulullah pun pergi ke belakang rumah beliau.

Sebaik sahaja tiba di belakang rumah beliau,
Abu Ayyub sedar akan ketibaan Rasulullah SAW bersama para sahabat. Lantas dia segera mendapatkan Rasullulah dan mengucapkan selamat datang kepada baginda.

Lalu
Abu Ayyub pergi ke ladang kurma dan memetik satu tandan kurma yang mana dalamnya terdapat kurma yang telah masak, separuh masak dan belum masak. Rasulullah SAW kehairanan, lantas bertanya "Wahai Abu Ayyub, kenapa kau hidangkan kepada ku makanan sebanyak begini? Aku tidak meminta sebanyak yang kau beri ini. Cukuplah untuk kau beri aku kurma yang masak sahaja"

Jawab
Abu Ayyub, "Aku ingin sungguh-sungguh menghidangkan makanan kepada kamu, wahai Rasulullah. Kalau kamu nak, kamu boleh pilih mana yang kamu nak makan. Bukan itu sahaja wahai Rasulullah, aku juga ingin turut menyembelih seekor kambing untuk hidangan mu"

Rasulullah SAW lantas berkata "Baiklah, jikalau kamu ingin menyembelihnya, silakan. Tetapi, janganlah kamu sembelih kambing yang ada susu. Kalau tidak, kamu kerugian susu." Mendengar arahan Rasulullah SAW yang mengandungi hikmah tersebut,
Abu Ayyub menyembelih kambing teruna dan beliau berkata kepada isterinya, "Wahai isteriku, sediakanlah roti dan peraplah daging yang telah disembelih ini. Sesungguhnya kamu pandai membuat roti."

Kambing yang telah disembelih tersebut separuhnya dipanggang dan separuh lagi di masak berkuah, kemudian diletakkan di hadapan Rasulullah SAW dan Saidina
Abu Bakar dan Saidina Umar. Lantas, Rasulullah SAW mengambil sepotong daging yang dipanggang, dan memasukkanya di dalam roti yang telah dibelah.

Apabila mereka semua telah selesai menjamah, Rasulullah SAW berkata "Roti, daging, kurma masak, kurma separuh masak, kurma belum masak". Tiba-tiba Rasulullah menitiskan air mata dan berkata, "Benda-benda yang ku perkatakan tadi itu adalah nikmat-nikmat yang Allah akan tanya pada hari akhirat kelak"

Rasulullah menyambung lagi, "Maka, apabila mendapat nikmat sebegini dan sentuhnya, maka bacalah Bismillah. Dan apabila kamu kenyang, katakanlah oleh mu "segala puji bagi Tuhan yang telah mengurniakan nikmat kepada kami"

Lalu Rasulullah SAW bangun dan beredar, lantas berkata kepada
Abu Ayyub, "Wahai Abu Ayyub, datanglah ke rumahku pada esok hari". Abu Ayyub mendengar seruan baginda lantas mentaatinya.

Keesokannya, sejurus tiba di rumah Rasulullah SAW, baginda mengurniakan seorang hamba perempuan kepada
Abu Ayyub. Hamba perempuan sentiasa menjaga keluarga Rasulullah SAW dan bersikap lemah lembut.

"Wahai
Abu Ayyub, terimalah pemberianku ini sebagai balasan atas jasamu selama ini. Kamu jagalah dia dengan sebaiknya kerana dia ini seorang yang sangat baik agamanya walaupun dia hanyalah hamba"

Kemudian,
Abu Ayyub pun pulang..

Abu Ayyub pun kembali ke rumah beliau sambil membawa hamba perempuan tersebut dengan hati yang gembira. Mulutnya tidak putus-putus bertasbihkan Alhamdulillah, pujian kesyukuran pada Allah SWT atas nikmat yang diberikan.


Setibanya
Abu Ayyub di rumah, isteri beliau terkejut dengan kewujudan perempuan yang berada di sisi beliau.

“Wahai suamiku, siapa pula yang berada di samping mu itu?” tanya isteri Abu Ayyub kehairanan.

“Inilah hamba perempuan yang diberi kepada kita untuk dipelihara. Dia milik kita!” kata Abu Ayyub kegembiraan

“Sangatlah baik hati orang yang memberi hamba ini,” isterinya pun turut tumpang gembira.

Lantas Abu Ayyub menyampaikan pesanan Rasullullah SAW kepada isteri kesayangannya.

“Wahai isteriku, Rasulullah SAW telah berpesan kepada ku untuk menjaga hamba ini dengan sebaiknya. Kerana dia menjaga keluarga Rasulullah SAW dengan sebaiknya. Tidak kurang juga budi pekertinya yang sejuk mata apabila memandang.

Isteri beliau tidak menunjukkan respon positif, tetapi raut wajahnya menunjukkan keresahan.

“Wahai suamiku tercinta, bagaimana untuk kita menjaga si hamba perempuan yang molek budi pekerti ini? Aku takut sangat kalau-kalau kita tidak mampu terjaganya”

Fikir punya fikir, lantas Abu Ayyub berkata

“Tidak mengapa duhai isteriku. Kita merdekakan sahaja hamba ini, kerana itulah cara yang terbaik untuk kita dan hamba perempuan ini sendiri”

“Alhamdulilllah, abang dah dapat hidayah yang terbaik daripada Allah SWT” ujar isteri beliau kegembiraan.

Lalu hamba perempuan tersebut dimerdekakan.

Cerita di atas merupakan kisah Abu Ayyub ketika berada di Madinah

Selain daripada itu, Abu Ayyub merupakan seorang panglima perang yang amat digeruni. Dalam usia beliau yang mencecah 80 tahun, beliau mampu turun berperang untuk menegakkan agama Islam.


Beliau terlibat dalam peperangan menentang kerajaan Rom Byzantine sejak mula perjuangan hinggalah ke zaman pemerintahan Muawiyah. Beliaulah yang diisyaratkan oleh baginda dalam hadisnya yang bermaksud:

"Seorang lelaki yang soleh akan syahid dan akan dikuburkan di bawah kubu kota Konstatinopel"


Turki Uthmaniyah mengangkat beliau sebagai idola dalam usaha pembebasan kota Konstantinopel ketika zaman pemerintahan Sultan Muhammad Al-Fatih.

PENGAJARAN KISAH


1. Masjid Quba merupakan masjid pertama yang dibina di dalam sejarah Islam. Ia adalah masjid yang berada di hati Rasulullah SAW. Setiap hari Sabtu, baginda akan datang ke masjid itu. Walaupun tidak memilik pengangkutan, Rasulullah SAW sanggup berjalan untuk ke sana. Ini menunjukkan peri pentingnya kita selaku umat Islam untuk rajin menghadirkan diri ke masjid walaupun jauh atau tidak memiliki pengangkutan. Kerana setiap langkah atau pusingan tayar motosikal atau kereta akan dikira di sisi Allah SWT.

Pada satu hari, sahabat Rasulullah ngadu, yang mereka ini sangat jauh untuk pergi tawaf kat Masjidil Haram. Rasulullah berkata “Tidak mengapa, solat 2 rakaat di Masjid Quba mempunyai ganjaran yang sama seperti tawaf di Masjidil Haram”

2. Orang Arab jahiliyah mempunyai sikap positif yakni meraikan tetamu. Mereka sangat-sangat meraikan tetamu mereka sampaikan mereka sanggup bergaduh atau berperang untuk meraikan tetamu. Sikap positif ini diteruskan dan diamalkan oleh Rasulullah di dalam Islam (meraikan tetamu, bukan berperang-perang tu)

3. Ketika Rasulullah tiba di rumah Abu Ayyub, beliau ada menghidangkan nabi dengan kurma dan kambing. Jika kita perhatikan, kurma tersebut mempunyai 3 jenis dan kambing tersebut dimasak 2 jenis. Hal ini merupakan cara kita meraikan tetamu kita. Kadang-kadang, ada makanan yang tetamu kita tidak gemur, tetapi kita masih menghidangkan makanan tersebut. Jika diberi pilihan, maka mudahlah untuk tetamu tersebut memilih makanan yang digemarinya.

4. Ketika Abu Ayyub ingin menyembelih kambing, Rasulullah SAW berpesan supaya disembelih kambing yang tidak mempunyai susu. Ini menunjukkan Rasulullah SAW berpandangan jauh di dalam bidang ekonomi. Susu tersebut boleh digunakan sebagai minuman. Jikalau disembelih kambing yang mempunyai susu, maka tidaklah dapat diperolehi susu tersebut.

Sekian sahaja kisah sahabat Rasulullah SAW daripada ana. InsyaAllah ada lagi cerita yang akan menyusul kemudian. Kalau ada salah silap, mohon ditegur. Semoga kita mengambil iktibar dan pengajaran daripada kisah ini. Wallahu a’lam







SAJA JE

Label


Assalamualaikum WBT
Saja2 post posting ni
Sekadar nak update blog



Baru pulang dari kerja pada jam 5.45 petang




Percubaan mengejar lori angkut kereta Myvi




Sket lagi nak dekat.

Kemudian.. Tak ada apa pun
Sampai la aku kat rumah. Tu je





SIAP

Label

Alhamdulillah, projek menara berkembar telah pun siap
Tahniah kepada semua walaupun aku merasa aku x menyumbang sangat pun


Twin tower dah hilang



Conveyor 1 - Raw Cast Stocker

Setelah selesai projek ni, tengah mencari-cari nak buat kerja apa
Alhamdulillah, SV bagi kerja baru
Walaupun mula-mula nampak dia macam ngelat nak bagi kerja

Hari ini, kami jadi tukang geledah tong sampah jap
Bukti nya ada di bawah



SV suruh kami cari balik wayar dan photo sensor yang dah dibuang daripada projek hari tu. Bertungkus lumus Syafiq cari mana benda-benda tu


Hah, dalam tong sampah besar rupanya. Mujur tak busuk

Berpraktikal di Perodua ni, macam2 kerja kami boleh buat
Daripada kerja boss, kerja SV, kerja technician sampailah ke kerja-kerja sampah ini
1 Malaysia ke ek?


Kawan-kawan sepraktikal di Maintenance Department, CMK. Aku tak de sebab aku yang tangkap gambar. Adoi. Gambar di tangkap di hadapan CMK Plant sebelum menziarahi Press Shop dan Body Shop
Dari kiri - Aiman (MECHI-UTP), Suhadar (BIS-UUM), Piske (MECHI-UTP), Hanafi (MECHI-PUO), Farisfaiz (EE-UTP), Syafiq (EE-UTP)
Tengah duduk sengih-sengih - Hafifi (EE-UTP)




SELAMAT

Label

Assalamualaikum WBT

Hari ini sudah mencecah 11 Syawal
1/3 Syawal dah kiranya

1 Syawal jatuh pada hari Ahad 20 September 2009 baru-baru ini

Aku amik half day kerja pada Jumaat 18 Sept tu
Nak pulang awal konon-kononnya takut jalan jem
Tapi tak de la jem sangat pun time balik tu
Sebelum tu singgah Seksyen 7 Shah Alam untuk ambil abang aku di rumah pakcik saudara ku

Sepanjang perjalanan hujan tak sudah-sudah turun dengan lebatnya
Dan alhamdulillah, tiba di rumah pada jam 6.45 petang
Semua sekeluarga ada di rumah
Dapat berbuka bersama-sama mereka

Kali ini aku tidak beraya di Bandar Universiti, Seri Iskandar, tetapi di Langkap, Perak

Esoknya 19 Sept sekadar bersiap-siap ala kadar untuk menyambut hari raya esoknya
Kali ini mama nampak tenang, tak kalut-kalut
Sebab kuih raya semua dah siap dibuatnya awal-awal dulu
Mama cukup anti kalau kuih raya dibeli. Huhu

Hari Sabtu tu aku belajar cam ne nak buat kuih loyang
Tiap-tiap tahun nak raya, mesti aku tanya nenek aka embah wedok aku
"Bah, tak buat loyang ke?"
Embah aku jawab "ada je. satu tin ha bah buat"
Tapi makin tahun makin kurang dia buat
Aku heran

Sekali time belajar dengan mama nak buat kuih loyang tu
Ya Rabbi, patut la embah cakap tak larat nak buat banyak2 makin tahun
Baru aku mengerti erti penat lelah membuat loyang
Kerja disambung dengan membuat kuih siput feveret adik lelaki ku, Anas Zakwan
Selesai semua kerja sebelum Asar

Tahun ni tak de baju raya baru
Ada pun baju melayu sepasang yang dibeli pada bulan Jun
Cap Snails Originals
Harga RM17 je
Baju melayu apa RM17 je, brand SO plak tu?
Ingatkan 117, sekali memang betul 17
Mama beli terus walaupun raya bulan ni

Sudah tahun ketiga merasai kesuraman di pagi hari raya
Kerana ketiadaan papa beraya bersama-sama
Papaku kena kerja dari malam raya sampai lah raya ketiga
Balik rumah pun sekejap je, ada la dalam 6 jam. Then kena pergi balik tempat kerja yang kira-kira sejam lamanya dari Langkap
Maka hari pertama raya hanya bertentatif kan solat aidilfitri, gi rumah nenek belah papa dan mama dan tidur

Hari raya kedua pula, kami sekeluarga beraya di Pencawang TNB Ayer Tawar
Tempat kerja papa
Papa demam menggigil-gigil sebab tension bekerja
Datang je sana, muka papa nampak hepi
Aku dapat bayang betapa papa berkorban semata-mata untuk memberi nafkah kepada keluarganya
Mama tanya papa "tak nak amik cuti ke? kerja je abang ni"
Papa jawab "ala, x pe. Kerja bukan nye tak dapat duit. Haha"


Nor Anas Zakwan bin Kamarrulzaman, 5 tahun 7 bulan. Bersekolah di PASTI Bandar Universiti
Cita-cita nak jadi Juruteknik Kanan TNB cam papa?




Tempat kerja papa. Kerja dia mengadap PC 24 jam, check samada ada breakdown ke tak. Tu pun leh dapat gaji ribu-ribu. Aku tak sanggup bekerja sebegini~


Hari raya ketiga pula, kami beraya di rumah bakal tunang abangku
Tak jauh mana pun dari rumah ku

Hari raya keempat pula, pergi beraya di rumah abang kepada nenek aku di Sungai Klah, Sungkai
Sambil-sambil tu ambil kesempatan bermandi manda di Hot Spring Sg Klah
Masuk kena bayar RM5 (harga tiket kanak-kanak) sebab pakai IC abang nenek aku
Mama, adik perempuan dan adik lelaki ku, abang ku dan sepupu ku turut bersama


Selesai mandi bersama Anas Zakwan. Anas tengok sapa tu ha? Kecik-kecik dah pandai ek?


video

Anas berenang. Perghhh~


Hari raya kelima dan keenam.. Alamak, dirahsiakan.. Nak tau, tanya secara personal. Haha

Dan akhirnya aku pulang ke Bukit Sentosa, Rawang pada Jumaat malam
Sabtu dan Ahad 26 dan 27 Sept dah kena kerja..

Saja-saja share cerita raya ni dengan para pembaca
Sebab hobiku adalah suka bercerita kisah hidup
Baik komik mahupun cerita
Haha

Lupa plak
Raya kali ini diserikan dengan kehadiran 3 ekor kucing comot
2 ekor ambil dari rumah pakcik aku di Shah Alam
1 ekor lagi ambil kat depan rumah Cina sebelah rumah, dia cakap "lu amik la kucing ni. banyak kacau woo"

Tak reti dok diam.


Sian kucing ni. Bulu lebat dah. Tapi kena buang dek kerana nakal.



Dua ekor kucing baru~ Kena kurung dalam sangkar je.